Want your
own Fotopage?








 


By: amani radzi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 19-Apr-2010 07:43 Email | Share | | Bookmark
HOME SWEET HOME

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 52 photos...

This is well known that cash can make people independent. But how to act when somebody does not have cash? The only one way is to receive the <a href="http://bestfinance-blog.com/topics/personal-loans">personal loans</a> and just secured loan. Thu 4-Aug-2011 15:24
Posted by:WINTERSMaureen23  - [Link]
Add comment


Wednesday, 3-Mar-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
PENANGAN MEE KARI NYONYA...

 
 
Adeh la terharu pulak akak ni tau, ros. Terima kasih la yer sama2 berkongsi resepi mee kari nyonya akak buat dulu masa sama2 kita di Nagoya dulu. Biasa la duk kat negara orang ni, semua benda makanan malaysia rasa nak makan. Jadinya terpaksa kena kerja keras sket buat sendiri kan. Pastu nak buat lak mesti nak rasa sedap, baru puashati boleh dapat rasa lebih kurang macam di Malaysia. Akak ni dah duk Malaysia ni, tak teringin da pulak nak makan itu ini, biasa lah dah ada kat depan mata tak nak pulak. Lepas balik Jepun, sekali jer akak buat mee kari nyonya nih. Masak pun lani ala kadar jer, main campak2 jer. Dulu tak pe lah boleh masak grand2 punya, hahaha. Hubby pun duk ckp, masa duk Jepun dulu masak sedap2, anak2 pun jd bulat2 da semua masa kat sana. Lani tak sempat la buat itu ini, masa 24 jam ni rasa suntuk lak. Ok semua, mai kita jenguk resepi2 ros yang sedap2 tuh..

http://www.jintanmanis.com/meesup/110-meekarinyonya#comments

Salam. Jom tgk blaus & jubah kami. http://www.haqlife.com Thu 4-Mar-2010 09:50
Posted by:nita  - [Link]

wedding photography
http://anaroza.net/blog
Sat 6-Mar-2010 01:39
Posted by:roza
Add comment


Tuesday, 23-Feb-2010 16:00 Email | Share | | Bookmark
ODAIJINI AQIL-KUN

 
 
 
Semoga cepat sembuh yer Aqil. Tak tahu la aqil ni salah makan apa kat sekolah, tetiba kena penyakit muntah2 tak berhenti sampai lembik tubuh badan dia. Petangnya mama ada mesyuarat di Parit Raja, tetiba cikgu sek aqil tepon bgtau aqil muntah2, pastu mama suh tepon papa dia. Pastu papa nya plak bgtau dia tengah ada kelas. Adeh pastu mama sms so mcm mana. Mama plak ada mesy. Jadi mama bgtau member seblh, mcm mana ni anak sakit ler pulak. So member bgtau pilih mana satu. Alah takat meeting, nnt akak blh bgtau semula apa2 yang penting pada ngko, kata member mama ni. So mama pun decide mintak izin excuse meeting sbb anak sakit kat sek. Jadi mama tepon papa, la rupanya dia pun sama gak on d way nk ke sek aqil, papa batalkan kelasnya yang br nk mula tuh. Hah sampai2 kat sek, ya allah anak mama ni, kesian la pulak, sampai lembik gitu sekali pun cikgu dia duk biarkan suh rehat kat surau jer. Alahai tak kan la tak blh nk tlg hantarkan ke hospital, padahal dekat benor dari sek tuh. Yang mama ni dah la ambik masa nak sampai ke sek. At least hantarkan jer la dulu ke hospital, so papehal contact jer dari hospital kan. Terus aqil di check, dan doktor kata terpaksa kena tahan wad sebab sudah banyak kurang air dalam badan. Jadi malam ni, mama duk di wad la temankan aqil ni, mungkin esok dah boleh discaj kot bila dah dimasukkan air 3 botol ni. Sebenarnya ini kali kedua da aqil ni kena warded, tahun lepas pun kena gak macam ni, dah la masa tuh tgh penuh giler wad hosp bp sbb kes H1N1, terus mama papa hantar ke Pantai Hospital, kena ler warded 2 hari jugak. Tak pe la, janji aqil sehat. Adeh ni sbb kurang mkm sushi ler kot yer aqil, heee5x...

Add comment


Monday, 22-Feb-2010 21:00 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS DIALOG BERSAMA IPD BATU PAHAT KAWASAN EVERGREEN HEIGHT

 
 
 
View all 4 photos...
Ini adalah merupakan program pihak polis bersama penduduk Evergreen Height. Sebenarnya diadakan majlis ini adalah bertujuan untuk sama-sama menangani kes pecah rumah yang makin menjadi-jadi di kawasan ini. Ish memang ngeri menakutkan dengar cerita daripada kawan2 dan jiran2 yang pernah dimasuki oleh penyangak dan tetamu yang tak diundang ini. Mereka ini begitu kejam siap bawak bersama parang panjang dsb nya untuk tujuan merompak tuan rumah. Sekarang kawasan rumah mama ni, diaorang masuk waktu yang kita tak jangka iaitu dalam waktu 8.00 mlm, 11.00 mlm. Waktu2 begini semestinya tuan rumah belum tido, dan kdg2 ada yang belum psg alarm lagi. Jadi agak menyenangkan mereka untuk masuk. Pernah satu malam papa outstation, mama tido bersama 3 kids ni jer la. Biasanya masa2 papa tak ada, memang akan angkut semua tido sebilik ngan mama, sebab risau apa2 hal jadi kita dah memang satu bilik kan. Jadi pada pukul 2.30 pagi tetiba alarm rumah berbunyi, mama dalam keadaan mamai pegi la tgk suis alarm, bila dalam mata tgh layu2 gitu, nampak lampu area 2 iaitu sliding door bawah. Aduh lepas tu, terus mata bukak luas2, jantung berdebar2. Aduhai sapa la yang nk bukak sliding door bawah tu mlm2. Terus mama capai hp, tepon papa, sbb mama tak ada no hp guard. Papa pun tepon guard, terus dtg dan panjat pagar rumah check kan sampai ke belkg ada apa2 yang tak kena ke. Bila dah pasti tiada apa2, baru la mama matikan alarm tu. Tapi lepas tu, memang terus tak nyenyak tido la dibuatnya. Hadoi duk kat rumah dan negara sdri pun lagi tak selamat rupernya. Di Jepun, pintu rumah di buka, barang2 letak luar rumah pun tak ada orang nk masuk ambik pun. Pasni mcm mana yer nk survive ni bila kena ditinggalkan lelama, dah la papa tuh memang selalu outstation, bln 4-5 ni pun outstation gak, lama lak tu 2 minggu tak ada kat rumah nanti. Harap2 tak ada apa2 la yer nanti, risau ni. Kalu bab bwk pisau, parang pnjg tu yang tak tahan tuuuuhhhhh... Oh sebelum terlupa, canopy, meja kerusi dll di taja oleh PDRM, makanan katering pula ditaja oleh MOET Katering (jiran sebelah) bersama komuniti EH 50. Best sangat makan, 13 menu ada.

Add comment


Tuesday, 26-Jan-2010 00:00 Email | Share | | Bookmark
SEMOGA CEPAT SEMBUH... GET WELL SOON... ODAIJINI...

 
 
Hari ni mama demam, sakit tekak yang amat sangat, pedih sangat, macam luka jer. Semalam pun dah rasa da sejuk panas, nak demam jer. Balik2 tuh mmg la terus demam. Pergi klinik, doktor bagi mc 2 hari untuk rehat. Tengok dalam rekod doktor, mama mesti akan demam bulan 1, pastu bln 4 dan 8. Huhuhu. Duk jepun dulu 4 tahun, hanya 2 kali saja demam padahal asyik berjalan jer kejanya, tapi kat Malaysia ni mesti la akan selalu demam. Sebab cuaca, udara dan persekitaran yang berbeza kot. Hai, baru satu hari tak ada kat sekolah ni, dah 2-3 org tepon cari mama termasuk boss call mama gak. Insya allah, kalu esok dah ok, pergi gak keja walau mcnya 2 hari. Doakan semoga sentiasa sehat selalu.

psss...adeh, ni yang tak tahan makan ubat yang banyak tuh. Kat jepun ubatnya 3 in 1 jer terus. Biasa la, negara maju kan, ubatnya buat sdri jer..

Add comment


Wednesday, 13-Jan-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
PAPAN TANDA

 
 
Ni satu lagi nak kongsi cerita. Kat Malaysia ni, apa2 tanda kat jalan raya main pacak jer kan. Baik tanda no phone along la, papan tanda majlis kahwin la dan macam2 lagi. Tapi kat Jepun, tak boleh sembarangan letak papan tanda, kalu nk letakkan gak papan tanda untuk sementara macam tu, kena gajikan orang untuk pegang papan tanda tu kat tepi jalan. Jangan main2 gaji orang pegang papan tanda tu bukan murah yer, satu hari boleh dapat 20 000 yen, dalam RM 750. Tu la, nak jadi negara maju bukan senang, ingat ada itu ini dah dikira maju ke, semua benda di ambil kira. Sampaikan kat sana, tak ada satu pun CD cetak rompak pun di jual, semua yang original sebab tak ada orang yang akan beli CD cetak rompak, tak ada orang nak beli, maka tak ada la orang nak jual. Tu yang ada kedai sewa CD. Renung2kan.

Add comment


Sunday, 10-Jan-2010 00:00 Email | Share | | Bookmark
BERATUR...QUEUE..JUBAN..

 
 
 
View all 4 photos...
Ini la satu tabiat org kita, Malaysia yang tak tahu sampai bila akan berubah. Agaknya biar semua kena pergi jepun kot, eleh asyik2 jepun jer mama ckp kan. Itu mesti persepsi org kita, yang tak nak berubah. Benda yang baik, kita ckp diperlekehkan. Mama geram betul, naper la org kita ni memandu tak reti2 nak ikut turn, beratur, suka memotong, suka pintas jalan org. Sbb tu la, selalu berlaku kemalangan. Kalu ikut turutan, tak de nya berlaku kemalangan. Org kita ni, selagi mana ada jalan kat seblh, selagi tu dia akan masuk. Sbb tu jalan yang patut satu lorong jer, dah jd 3-4 jalan. Ubah la sikap, kata nak jadi maju, kalu sikap tak maju, tak kan maju2 gak nya. Kalu kat jepun, jalan yang sesak satu lorong, sampai satu lorong jalan gak akhirnya, tak de satu pun yang akan potong barisan. Memang diaorg suka beratur, hatta budak2 nk naik buaian pun diaorg beratur gak. Tengok ler, motor kalu kat lampu isyarat, diaorg akan berhenti belkg kereta gak, tak de la menyelit2 duk depan.

Add comment


Wednesday, 6-Jan-2010 22:00 Email | Share | | Bookmark
NICE TO MEET U...YOROSHIKU ONEGAISHIMASU..

 
 
Ini merupakan kali pertama mama dapat jumpa dengan sensei (lecturer/supervisor) papa ni. Duk kat Jepun tak penah jumpa pulak, alih2 kat Malaysia gak yang dapat jumpa. Yer la kan, orang kan sibuk bekerja mana ada masa. Sebenarnya sensei papa ni nak ke Acheh Indonesia untuk tolong hantarkan alatan GPS ke sana. Punya lah baikhati bagi pinjam alatan GPS, dah tu pergi dan balik tu pulak tambang duit sendiri jer. Sensei ni patutnya nak kena pergi ke Acheh kan, jadi flight JAL nya transit kat Singapore satu hari. Hari ni bila dia nak check in untuk flight seterusnya ke Acheh, dia tak dapat masuk sebab nya passportnya lagi 6 bulan nak tamat. Jadinya kena la tahan tak dapat ke Acheh. Dia pegi embassy nak renew passport, ambik masa 4 hari pula. Jadi dia pun batalkan la hajat nak ke Acheh, dia nak balik semula ke Jepun. Tapi tarikh balik ke Jepun semula 8 januari 2010. So dia pun telepon papa kat Malaysia bagitau yang dia terkandas kat Singapore. Jadi apalagi papa pun pergi la Singapore ambik dia bawak balik rumah. Tengok ler student n teacher macam kawan jer, tak ada gap. Akhirnya dapat la jugak sensei papa menjejakkan kaki di Malaysia. Pertama kali ni dia datang Malaysia. Sensei papa ni memang selalu ajer ke luar negara, memang jarang dia ada kat Jepun asyik kuar ajer, pergi Costa Rica la, Argentina, US la dll tapi Malaysia pula yang dia belum sampai. Sensei papa ni pakar gempa bumi dan tsunami, namanya Prof Dr Kimata. Tapi di Jepun, semua yang ada pangkat Prof ke Prof Madya ke, Dr PhD ke, Doktor perubatan ke cikgu ke sama ajer semua dipanggil sensei (cikgu maknanya). Sensei adalah orang yang berilmu. Kat Malaysia pulak sapa ada Dr kena panggil Dr, yang ada Prof kena panggil Prof. Apa "kelas" nak panggil cikgu kan. Tak gitu. Tapi mama sangat berbangga dapat menjadi seorang cikgu biasa. Wah tadi sensei papa tanya bila cuti sekolah, papa jawab bulan 3, 6 dan 12, tapi bulan 12 tuh cuti panjang. Jadi rupanya dia nak sponsor kami sefamily untuk datang semula ke Nagoya untuk bercuti. Wah2 bestnya, bln 12 tuh musim winter dapat la main salji lagi, pastu dah la banyak clearance sale. Ni nak kena bersiap sedia la apa-apa yang perlu dari sekarang. Waduh gaji prof kat Jepun mana nak luak kan, daripada tak tahu nak perabis kat mana baik la sponsor kami sefamily kan. Eemmmm best2...

Add comment


Friday, 1-Jan-2010 00:00 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT TAHUN BARU.HAPPY NEW YEAR.AKEMASHITE OMEDETOU GOZAIMASU

Selamat tahun baru 2010 diucapkan kepda semua. Bertambah setahun lagi umur kita semua, jadi bertambah matang dengan peningkatan umurnya. Semoga pada tahun 2010 ini hidup kita akan bertambah ceria dan bahagia. Akemashite omedetou gozaimasu. Kotoshi Mo Yoroshiku Onegaishimasu...

Add comment


Thursday, 31-Dec-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
SISTEM NEGARA MAJU - JEPUN

Sistem pendidikan tidak berpaksi kepada peperiksaan semata-mata. Belajar betul-betul kepada kefahaman konsep bukannya kepada macam mana nak jawab soalan. Sebab tu pusat tuisyen tak ada pun di Jepun ni. Pelajar tak faham, hanya guru di kelas yang rujuk sorang demi sorang dalam kelas. Masuk darjah 1 baru diajar mengenal huruf, belajar memegang pensel dengan cara yang betul, cara duduk yang betul di kerusi, susun buku bawah meja, cara keselamatan masa berlaku gempa bumi. Belajar tadika lebih kepada perkembangan kreativiti minda, bermain. Sebab mama tengok aqil masa di tadika tak ada pun belajar sangat, lebih kepada buat macam2 benda. Sebab tu rakyatnya suka mencipta, sebab sistem pendidikan lebih kepada pembinaan minda, bukannya kepada pandai jawab soalan saja. Pastu masuk darjah satu pula, baru dikenalkan huruf, membaca. Di Malaysia lak, tadika dah disuruhnya membaca, sebelum masuk darjah 1 dah dikenakan ujian KIA2M. Sekolah di jepun ni semua nya sama, tak ada sekolah pandai ke sekolah bermasalah ke, semua sama saja. Tak ada pun sekolah berprestasi tinggi, sekolah asrama penuh ke, sekolah kluster ke, sini semua sama, tak ada kelas tak pandai ke, pandai ke, semua sama yer. Tak ada sekolah 2 sesi yer, sekolah sini masuk 8.30 pagi balik 1.30, pastu kalu yang mana ibubapa nya bekerja akan duduk di sekolah sampai pukul 6 petang, dengan diawasi oleh guru bertugas. Sekolah ditentukan kawasan, rumah kawasan sini, sekolah nya di sini, contoh rumah mama ni Showa-Ku, jadi masa tadika di Fukiage yang terdekat. Pelajar-pelajar pergi dan balik kena jalan kaki berkumpulan yang telah sekolah tentukan. Bas sekolah tak ada pun. Basikal apatah lagi motosikal pun tak digunakan untuk ke sekolah. Masuk sekolah, ibubapa kena buatkan buku bank yang berkenaan, iaitu Aichi Bank untuk Aichi Prefecture. Gunanya untuk pembayaran yuran sekolah, yuran sekolah dipotong melalui akaun bank jer, jadi di sini tak ada la macam Malaysia, tiap2 tahun cikgu kena jd akauntan kutip duit yuran pelajar sekolah. Sekolah di Jepun tak ada kantin pun, so tak payah bawak duit saku pun, masa rehat depan kelas akan di letak lauk pauk nasi semua hidangan untuk hari tersebut, pelajar yang bertugas akan mengedarkan bekalan2 tersebut. Hidangan nya telah ditentukan oleh pakar pemakanan. Memang kerajaan Jepun ambil berat hal2 pemakanan rakyatnya. Tgk saja la masa mama menjual kueh untuk hari terbuka universiti, resepi, cara membuat kena ditulis dan dihantarkan kepada kementerian kesihatan untuk kelulusan, bila dah lulus baru boleh dijual. Bukan boleh semberono nak jual gitu2. Bukannya boleh buka gerai2 semberono tepi jalan mcm di Malaysia. Pastu kena hati2, makanan yang dijual harap tak kena keracunan, kalu tidak, adoi parah la nanti, silap haribulan boleh kena buang negara, kena blk negara asal, sebab buatkan makanan beracun untuk rakyatnya. Pernah satu hari terbuka universiti, ada terkena keracunan makanan oleh gerai student medical (nasib student jepun sdri), patut gerai boleh dibuka untuk dua hari, lepas kejadian hari pertama ramai kena keracunan terus hari kedua diberhentikan menjual untuk semua gerai. Siap anggota keselamatan datang menyiasat. Dan gerai tersebut kena disoal siasat. Adeh sampai begitu sekali jaganya hal2 pemakanan diaorg ni. Ada sesi lawatan guru kelas ke rumah pelajar. Masa tu la guru kelas akan tengok situasi rumah macam mana, ibubapa, adik beradik pelajar dll.
Dari sudut kesihatan pula, masa mula mengandung, mesti didaftarkan di Ward Office. Bangunan pejabat yang uruskan pelbagai hal seperti pendaftaran sekolah, tadika, nursery, pemeriksaan kesihatan dll. Jadi masa mama mengandungkan Amir, mama pergi lah ke ward office untuk buat pendaftaran, pastu akan diberikan buku untuk pemeriksaan mengandung seterusnya buku pemeriksaan kanak-kanak. Selepas itu lah baru boleh pergi periksa di mana2 klinik. Sudah bersalin, kena duk hospital selama seminggu di wad untuk yang bersalin normal, dan 2 minggu untuk yang bersalin melalui pembedahan. Yer la kan, rakyat ni kan aset negara, jadi kena la jaga betul2. Bila dah sehat betul baru boleh balik rumah. Bila dah bersalin, kerajaan Jepun akan berikan duit bersalin sebanyak 350 000 yen, lebih kurang RM10 000 beb. Bila ada anak pula, akan diberikan duit setiap bulan sebanyak 5 000 yen seorang, anak kedua dapat 5 000 yen, anak ketiga dapat 10 000 yen, kalu ada anak lebih daripada 3 orang pula akan di tambah sebanyak 20 000 yen, jumlahnya menjadi 40 000 yen, huhuhu setiap bulan dapat 40 000 yen RM 1 600 untuk duit anak. Selepas itu, kesihatan anak, kerajaan ambil berat, umur anak sebulan, 3 bulan, 6 bulan, setahun, 2 tahun, 3 tahun dan seterusnya akan ada temujanji untuk datang ke ward office untuk periksa kesihatan, tubuh badan, tinggi, berat, minda, gigi hingga kpd pemakanan, akan diberikan kaunseling makanan oleh pakar pemakanan. Adeh punya la jaga betul rakyatnya bersama rakyat asing yang tinggal di negara mereka ni. Yer la kan, badan cergas, minda cerdas.
Dari segi sosial pula, orang Jepun ni ramah tamah. Tambang pengangkutan awam di sini untuk kanak-kanak bawah 6 tahun, OKU, orang tua adalah percuma. Bestkan, sebab itu mama asyik berjalan saja, sebab naik bas kan budak2 ni dah free. Apa lagi jalan la. Minyak di sini tak menentu harganya, ikut harga pasaran semasa, setiap hari lain harga setiap stesen minyak lain harga. Duduk di rumah Jepun ni tak boleh bising2, nanti ada polis yang akan datang bagi amaran. Huhuhuhu... Insurans kesihatan di sini pula wajib kena carum, tapi orang muda yang bekerja akan dikenakan caruman yang tinggi berbanding pelajar, kanak-kanak dan orang tua. Caruman ikut atas pendapatan gak. Dan bila bayar bil nanti pula, bil kanak-kanak, orang tua ni insurans akan cover lebih 99% tapi bila kita orang muda ni pula, insurans cover sikit jer. Ibarat tolong menolong, yang kuat tolong yang lemah, yang kaya tolong yang miskin. Kes jenayah boleh dikatakan tiada. Ragut ke, samun ke, rompak ke, rogol dan sebagainya tiada pun. Contoh yang mudah, tengok saja buah2 epal, limau yang masak di tepi2 jalan dibiarkan berguguran begitu saja, tak ada orang nak curi ambik pun. Sebab mereka cakap pokok tu ada tuannya, sapa yang tanam pokok tu la tuan nya, jadi tuan nya la yang patut ambik. Mama penah alami, di mana sapu tangan aqil terjatuh di tepi jalan masa pulang sekolah, seminggu pastu mama cari, tengok masih ada sapu tangan tersebut di situ, tapi cuma di sangkutkannya pada tiang, yer la takut nanti ada orang yang pijak. Tengok tak ada sapa nak ambik, nak buang. Anjing-anjing di sini tak garang pun, tak dengar pun salakan anjing, dah ngikut tuannya gak yang lemah lembut. Bahasa Jepun la yang dituturnya seharian. Sapa yang masuk negara nya, terpaksa la belajar bahasa dia. Kalu tak, mati kutu la duk sini kalu tak tahu cakap Jepun yer. Dari segi masa memang tepat. Kadang mama heran betul, macam mana yer kalu kata bas akan sampai di stesen pada pukul 10, memang tepat jam di tgn pukul 10 terpacak bas depan mata. Dan jam di mana-mana akan tepat. Dan satu lagi, siapa yang naik bas ekspress, kalu pemandu bas tu akan berhenti sesuatu tempat tu diberikan masa 30 minit untuk berhenti, maka habis jer 30 minit pemandu bas akan jalan jer terus, pemandu tak akan tunggu penumpang atau memeriksa penumpang dah naik ke belum, jadi jaga-jaga la yer kalu baru pertama kali naik bas di Jepun ni, alamatnya kena tinggal bas la kalu buat cara Malaysia. Satu lagi, bab kerja, mereka bangga dengan kerja yang dimiliki, dan akan melakukan bersungguh2. Kalu dah kerjanya kena berdiri, memang kena berdiri la di situ tak minum tak makan kecuali masa rehat saja. Dan mereka kerja biasanya kalu habis kerja pukul 5, pukul 6 la baru balik. Bereskan kerja-kerja akhir. Cuti umum di Jepun tak banyak macam Malaysia, boleh dikira, rasanya ada 2 minggu jer cuti umum dalam setahun. Kalu hari Ahad, di Jepun macam hari keja biasa jer, tengok lecturer2 datang ofis wat keja, malam pun keja, dan jangan terkejut ada yang sampai tak balik rumah pun, dah bwk siap2 baju salin, berus gigi dll. Sampai begitu sekali, tapi cuba buat di Malaysia macam gitu, mesti macam2 org kata kan.Nakkan APC la, terlebih rajin la, dan macam2 lg kan.
Dari segi politik, sensitif pula kalu di Malaysia ni. Di sini, pemikiran nya dah terbuka, tak heran pun orang duk berkempen tepi jalan. Tak ada masa orang nak mendengarnya, membebel jer la sorang2 yer. Pemimpin yang mana rasa tak sesuai, dengan sendiri pemimpin tersebut akan mengundur diri. Di sini, politik tak dicampuradukkan dalam hal-hal lain. Politik itu politik. Ekonomi itu ekonomi. Sosial dengan sosialnya. Membuat sesuatu dasar akan dikaji dulu dengan bukti2 kajian, barulah akan dilaksanakan.
Itu la antara cara negara maju, negara maju tidak semestinya apa yang semua orang ada kita kena ada sama gak ibarat orang ada kereta, kita pun mesti ada kereta gak. Orang ada teknologi itu, kita pun kena ada teknologi itu gak. Itu la serba sedikit celoteh kali ini.

saya tengah cari bahan tentang sstem pendidikan di jepun....harap kawan2 boleh email ke saya bagi info tentang di sana...nak kesana tak tahu bila Mon 23-May-2011 17:03
Posted by:sitirafidah
harap sangat tuan dapat email ke saya bagaimana sistem prasekolah di Jepuin..saya cuba membuat perbandingan dengan sistem di malaysia Mon 23-May-2011 17:06
Posted by:sitirafidah
email saya utk keterangan dgn lbh lanjut.. terima kasih... Sat 9-Jul-2011 15:22
Posted by:fendeni
View all 8 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen3.pidgintech.com